Monday 11 November 2013

Sistem pengedar tart shell

Bismillah..

Assalamualaikum..

Ramai yang bertanya macam mana nak dapatkan tart shell kami. Saya akan menjawab 'untuk pertanyaan harga & pembelian, boleh hubungi para pengedar kami'. Untuk pengetahuan semua, kami memang menggunakan sistem pengedar dalam urusan jual beli. 

Sebenarnya sebelum ini saya pernah menjual produk secara runcit, iaitu jual terus kepada pelanggan. Akibatnya urusan perniagaan menjadi tidak lancar kerana saya perlu melayan pelanggan dan dalam masa yg sama perlu menghasilkan produk untuk dijual pada pelanggan. Sekiranya tiada produk dihasilkan maka tiada urusan jual beli berlaku. Begitu juga sebaliknya, jika tiada layanan pelanggan diberikan maka tiada juga urusan jual beli berlaku.

Setelah mengharungi tempahan yg Alhamdulillah tidak kurang hebatnya ketika Hari Raya Puasa yg lepas, terdetik difikiran saya untuk menggunakan sistem pengedar ini. Syukur Alhamdulillah setelah menggunakan sistem pengedar ini, urusan dengan pelanggan dan penghasilan produk menjadi selari. Kini saya hanya perlu berurusan dengan para pengedar sahaja. 

Hubungan dengan pelanggan iaitu pengedar menjadi lebih rapat mewujudkan suasana hubungan perniagaan yang lebih mesra. Para pengedar juga tidak segan untuk berborak dan berkongsi secara personal sehingga boleh dianggap sebagai kawan walaupun jarang berjumpa, malah ada yang belum pernah berjumpa. Penghasilan produk juga menjadi lebih teratur. Semua pengedar-pengedar tahu bila untuk membuat tempahan dan bila produk akan dihantar kepada mereka.

Alhamdulillah pada masa sekarang kami telah mempunyai beberapa orang pengedar di seluruh Malaysia. Insyaallah kami akan melantik stokis-stokis pula lepas ini. Nantikan ya! Insyaallah.. ;-)

Jadi, saya ulang semula ayat diatas: 'UNTUK PERTANYAAN HARGA & PEMBELIAN, BOLEH HUBUNGI PARA PENGEDAR KAMI'. ;-) 

Senarai pengedar adalah seperti berikut:


7 comments:

  1. kat batu arang ngan tasik puteri dah de agent ke la? klu x nak join gak,,. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belum ada lg lik.. Klu ko nak, boleh cover rawang sekali.. Hehe

      Delete
  2. ok gak tu la,.. bleh2,,nnt ko ajar ye,. nak start gak ni. nnt roger k.

    ReplyDelete
  3. salam...nak jd pengedar tuk area kuala terengganu mcmana?

    ReplyDelete
  4. Salam..sy berminat nk jd pengedar. .sy dok johor n ada kdai bhn2 bakery di pasir gudang. .bgmn cara?

    ReplyDelete
  5. Salam..sy berminat nk jd pengedar. .sy dok johor n ada kdai bhn2 bakery di pasir gudang. .bgmn cara?

    ReplyDelete
  6. Wsalam.. Puan boleh whatsaap terus ke n0173680495 utk maklumat lanjut ya :)

    ReplyDelete