Saturday 26 October 2013

Produk Pastri Tart Shell

Bismillah..

Untuk pengetahuan semua, saya telah mendaftarkan perniagaan bakeri saya sendiri di SSM pada 18 Mei 2013 atas nama Haneesa La Shoppe. Nama Haneesa diambil sempena nama ibu saya sendiri, Hanisah.

Berbekalkan oven kecil jenama Faber dan hand mixer jenama Pensonic yang dibeli oleh suami, saya mulakan pembuatan produk pastri saya. Produk yg mendapat sambutan dan masih aktif pembuatannya hingga sekarang ialah kulit tart atau tart shell.

Resepi tart shell ni saya perolehi ketika bekerja secara part time disebuah kedai menjual bahan bakeri dikawasan rumah saya, Zanora D'Shop. Walaupun gaji yg diberi RM2.50/jam, namun ilmu yg diberi sgt la tinggi nilainya. Terima kasih kak Nora dari Zanora D'Shop! Kak Nora juga sudi meminjamkan saya alat penekap acuan tart shell. Saya gunakan alat penekap tu sehinggalah saya mampu beli sendiri menggunakan duit hasil jualan tart shell (ketika itu perniagaan baru nak naik, org ramai masih belum biasa dgn produk tart shell dan harga alat tu agak mahal hampir cecah RM1k).

Sehingga ke hari ini Haneesa La Shoppe baru beroperasi selama lebih kurang 5 bulan dan Alhamdulillah kami kini telah memiliki 2 alat penekap tart shell, 1 Berjaya mixer 7L dan 1 oven 52L.
Insyaallah jumlah oven akan ditambah (memamg dah patut kene tambah pun).

Mengenai produk pastri tart shell pula mungkin ramai yg tak biasa dgn tart shell yg dah siap ni. Jika anda pergi ke kedai menjual bahan bakeri, mungkin anda pernah terlihat tart shell ni tapi kebanyakannya dihasilkan di kilang dan pembuatnya mungkin bkn Bumiputera (mengikut aduan dari pelanggan). Jadi kami mengambil keputusan utk menyelesaikan masalah ini dgn komersialkan tart shell ini ke peringkat yg lebih tinggi (bukan setakat jual kpd jiran dan kwn2 shj).

1 balang tart shell ni mengandungi 60pcs. Bermula 17 September 2013, kami telah menggunakan sistem pengedar. Bermakna, setiap pembelian runcit perlu melalui pengedar (kami hanya akan jual kepada pelanggan yg berminat utk beli secara borong). Bagi meningkatkan jualan pengedar, kami akan meminta bakal pelanggan yg bertanya tentang harga utk hubungi terus pengedar yg berhampiran dgn kawasan mereka. Senarai pengedar boleh didapati di http://www.facebook.com/HaneesaLaShoppe ;-)



                                  

Sunday 13 October 2013

Permulaan Bisnes Bakeri

Sebenarnya saya masih lagi baru dalam bidang pastri ni. Tapi minat tu memang dah ada lama tertanam dalam diri ni. Tambahan lagi sejak wujud nya rancangan masakan yg menarik kat Astro kan. Paling menarik perhatian saya ialah rancangan Cup Cakes War, Cake Boss, Cup Cakes Girls dan byk lagi la rancangan yg berasas kan pastri ni.. Masa sedang tengok rancangan-rancangan TV tu dalam hati mesti cakap syok nya kalau dapat buat bisnes pastri macam diorang buat ni kan.. 

Nak dijadikan cerita, lepas melangsungkan perkahwinan dgn suami tercinta (saya sedang melanjutkan pelajaran dalam Master in Chemistry ketika itu) suami tidak galakkan saya untuk mencari pekerjaan sebab dia tau saya akan mengalami tekanan dan masa utk bersama keluarga akan berkurang akibat fokus dgn kerja (dia tahu sebab ketika kami bercinta sy masih dialam pekerjaan sbg pensyarah di sebuah IPTS). 

Akibat sangat bosan duduk dirumah sepanjang hari dan selalu menontan rancangan Cup Cakes Girls tu tiap hari, saya nekad utk cuba pelajari bidang pastri ni dgn serius. Jadi tangan ni laju saja lah bertanya Mr. GOOGLE untuk tahu lebih lanjut tentang bidang pastri ni. Jadi hasilnya banyaklah blog-blog pastri yg muncul disistem carian Google tu. Dan saya pun dengan semangatnya lah mulakan operasi mencipta blog sendiri. (Konon-konon nak mulakan perniagaan pastri online lah) Ketika itu saya reka nama online bakeri saya 'My Impian Bakery'. Ok blog dah ada tapi isi kandungan langsung tak ada idea sebab mmg tak ada ilmu lagi dalam bidang bakeri ni. 

Sebelum tidur malam tu saya nekad esok mesti kena belajar sesuatu tentang bakeri ni. Saya mesti masuk kelas bakeri! Nak tahu dapat ke tak saya masuk kelas bakeri tu? Nantikan entry yg seterusnya nya!

Love,
Lela

Saturday 12 October 2013

Salam Perkenalan

Assalamualikum,
Alhamdulillah bemula lah penglibatan saya dalam penulisan blog. Blog pertama saya ok! hehe. Harap-haraplah ada bakat tependam tulis karangan.Untung-untung boleh tulis novel sekali kan. haha!
Ok mula-mula kalau nak baca blog mesti lah nak kenal dgn penulisnye kan. Org kata tak kenal maka tak cinta. iye dak? Hmm kalau nak kenal penulisnye dgn lebih dekat boleh la terus ikuti perkembangan blog ni ya. Baru boleh betul-betul 'cinta' kan. haha.
Ok mulakan dgn pengenalan diri. Nama diberi Nor Fahdillahtul Lela Binti Khalil. Panjangkan? Tapi anda semua boleh panggil Lela saja. Lahir thn 1985. Seorang isteri kpd seorang suami yg sgt caring  dan bertanggungjawab (mmg ciri-ciri yg setiap wanita inginkan dari seorg lelaki kan. Alhamdulillah) Belum ada rezeki menjadi seorang ibu lagi (Insyaallah akan dtg rezeki yg satu itu) Nak sebut pasal kelulusan universiti gak ke? Hmm tak penting sgt kot zaman sekarang ni.
Kalau anda semua perasankan, tajuk blog ni Perjalanan Hidupku: Bisnes Pastri. Dalam banyak-banyak acara dalam perjalanan hidupku ni kenapa bisnes pastri menjadi tajuk kecil? Kalau nak tau, nantikan entry blog ni yg seterusnya ya! 



Love,
-Lela-